Dr. Mahathir mahu sungai di Sarawak dimanfaat 0 3208

Dr. Mahathir menerima cederahati daripada Abang Johari hari ini.

KUCHING – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu aset di Sarawak khususnya sungai dimanfaat sebaik mungkin.

“Saya telah bercakap berkenaan potensi di Sarawak ini, kita perlu eksploitasi aset yang kita ada iaitu sungai yang sememangnya merupakan suatu aset di samping tanah. Tanah sangat luas di  Sarawak berbanding jumlah penduduknya yang agak kecil.

“Jika dibandingkan dengan sungai, pembangunan tanah kini tertakluk kepada pertimbangan dari segi alam sekitar tetapi dengan sungai, kita boleh lakukan banyak perkara seperti pengangkutan, menjana tenaga.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan kepada saya tadi, saya dapati potensi bagi pertumbuhan Sarawak itu ada dan segala-galanya bergantung kepada bagaimana kita memanfaatkan aset itu,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup kira-kira 45 minit mengenai pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini hari ini, yang  disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah  Embas dan barisan menteri Kabinet Sarawak. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15335

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8409

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news