Rakyat Sarawak Diseru Sertai Perhimpunan Aman/Flash Mob Di Kuching Waterfront, Square House Selasa Ini 0 5520

Pada 12 Jun 2018 (Selasa) akan berlangsung sebutan kes di antara PETRONAS dan KERAJAAN NEGERI SARAWAK di Istana Kehakiman PutraJaya.

PETRONAS telah menggunakan peruntukkan di bawah PDA dengan mengatakan bahawa PETRONAS mempunyai HAK  EKSKLUSIF/MUTLAK utk mengali minyak di seluruh Malaysia termasuk di SARAWAK dan perkara ini tidak dapat diterima oleh KERAJAAN NEGERI SARAWAK.

Sehubungan itu, kami mengajak saudara sekalian untuk sama-sama BANGKIT sebagai RAKYAT SARAWAK tanpa mengira KAUM & AGAMA untuk bersatu/berkumpul di WATERFRONT KUCHING (SQUARE HOUSE), pada 12 Jun 2018 (Selasa) Jam 9.00 pagi hingga 9.30 pagi bagi menzahirkan SOKONGAN/SOLIDARITI rakyat Sarawak kepada Kerajaan Negeri Sarawak/Negeri Sarawak yang kita Cintai.

Ingin kami tekankan di sini , bahawa Perjumpaan/Flash Mob ini adalah TIDAK sama sekali bermotifkan politik. PERJUANGAN ini adalah PERJUANGAN RAKYAT SARAWAK  untuk MENUNTUT HAK yang sememangnya MILIK KITA RAKYAT SARAWAK.

TERIMA KASIH DAN SALAM PERJUANGAN DARI KAMI ANAK SARAWAK.

#DariSarawakUntukSarawak
#SarawakUntukRakyatSarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news