Lelaki hampir putus jari mercun bom ikan meletup di tangan di Kampung Telaga Air 0 5766

KUCHING: Seorang lelaki nyaris terputus jari tangannya selepas mercun yang digunakan untuk ‘mengebom’ ikan di sungai meletup sebelum sempat dibaling, semalam.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Kampung Telaga Air di sini ketika mangsa, 40, dikatakan bersama beberapa rakannya menangkap ikan di sungai tersebut dengan menggunakan mercun sekitar jam 9 pagi.

“Mereka menangkap ikan menggunakan mercun yang dibaling ke dalam sungai sehingga ia meletup dan kemudian akan mengambil ikan-ikan yang timbul di permukaan air.“Bagaimanapun, keseronokan mereka tidak kekal lama apabila mercun tersebut yang sudah dinyalakan mangsa tiba-tiba meletup dan mengakibatkan beberapa jarinya hampir terputus,” kata sumber.

Mangsa yang meraung kesakitan kemudian dibantu rakan-rakannya dan dikejarkan ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.“Mangsa bagaimanapun dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata sumber.Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan mangsa masih menerima rawatan di HUS dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15232

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news