KUCHING: Seorang lelaki warga emas melecur di tangannya, manakala anaknya yang lumpuh separuh badan berjaya diselamatkan selepas kediaman mereka di Kampung Siol Kandis musnah terbakar, pagi tadi.
Kejadian dilatakan berlaku kira-kira jam 1.42 pagi. Menurut info awal mangsa Abdul Rahman Lamat berusia 83 tahun , cedera melecur di bahagian tangan, manakala anaknya, Zaidi Abdul Rahman, 52, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Setakat ini mangsa yang cedera telah pun dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.