KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97 yang kekal RM2.47 seliter sehingga semalam telah naik 0.19 sen kepada RM2.66 seliter hari ini.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga runcit RON97 naik mengikut harga pasaran semasa manakala RON95 dan diesel pula kekal pada RM2.20 seliter serta RM2.18 seliter.
“Bermula hari ini sehingga 13 Jun depan, harga RON97 berada pada harga RM2.66 seliter,” katanya menerusi laman webnya sebentar tadi.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga petrol RON 97 akan diapungkan mengikut harga pasaran semasa bermula 7 Jun ini dan RON 95 serta diesel akan terus kekal pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter–Kosmo