Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata sebagai seorang menteri kabinet, beliau kini sudah boleh memasuki semula ke Sarawak.
βSaya sudah boleh pergi ke Sarawak, sebab saya sekarang menteri. Alhamdulillah, saya aktif di Sarawak dulu.
βDalam tempoh satu atau dua minggu akan melawat Sarawak, kerana mereka (rakyat) menunggu kedatangan saya untuk melihat perkara yang masih belum diselesaikan,β katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas demikian mengadakan lawatan ke Rumah Transit 1Malaysia, Pinggiran Bukit Jalil, hari ini.
Pada 24 Mei lalu, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Sarawak, Ken Laben mengesahkan larangan ke atas beberapa menteri kabinet yang disenarai hitam untuk masuk ke Sarawak sudah ditarik balik bermula 23 Mei selepas pihaknya menerima arahan daripada kerajaan negeri.
Menurutnya, menteri kabinet berkenaan adalah mereka yang sudah mengangkat sumpah jawatan itu Isnin lalu – Malaysiakini