KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkemampuan walaupun gajinya tidak mencecah RM4,000 sebulanbertanggungjawab melangsaikan hutang mereka, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ketua Pemuda PPBM itu berkata, peminjam yang kurang tanggungan dan berkemampuan menggunakan gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup seperti bercuti dan memiliki telefon bimbit mahal, sepatutnya menjelaskan dahulu komitmen pinjaman.
“Perkara ini perlu dilihat secara kes demi kes iaitu kerajaan perlu membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan mereka yang tidak mampu.
“Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman,” katanya ketika menjadi tetamudalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, semalam.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran wang pinjaman PTPTN yangdijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bertujuan membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah.
Menurutnya, golongan peminjam berkenaan merupakan antara golongan terbesar yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam oleh PTPTN.
“Ada peminjam yang telah mendapat kerja tetapi hanya mempunyai gaji sekitarRM1,500 hingga RM2,000 sebulan, ini tidak mencukupi ditambah dengan kadar kos hidup yang tinggi hari ini.
Malah kadar pengangguran belia di Malaysia juga tinggi.“Jadi kami (PH) berpendapat daripada terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka lebih baik kami bantu golongan ini,” katanya.
Selain penangguhan bayaran pinjaman PTPTN bagi semua graduan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000sebulan, PH turut menjanjikan untuk menghapuskan amalan menyenaraihitamkan peminjam dalam manifesto mereka. — Bernama