Polis cekup 11 individu terlibat judi di Sarawak 0 5655

Kuching- Seramai 11 individu dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian haram menerusi lapan serbuan berasingan yang dilaksanakan di tujuh daerah di negeri ini semalam.

Serbuan selama tujuh jam itu dilakukan mulai pukul 12 tengah hari hingga 7 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua individu yang diberkas itu berusia antara 18 hingga 63 tahun.

Jelas beliau, enam serbuan telah dilakukan ke atas pusat menjual loteri tidak berlesen dan masing-masing satu serbuan di premis judi siber serta tempat judi terbuka.

“Menerusi lapan serbuan itu, polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM2,528 disyaki hasil daripada perjudian haram berkenaan.

“Turut dirampas ialah tujuh unit telefon bimbit, slip pertaruhan, kad judi serta perkakasan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Dennis menambah, tujuh daerah yang terlibat dalam serbuan itu ialah Bau, Bintulu, Sibu, Sarikei, Padawan, Saratok dan Marudi.

Katanya, kesemua kaki judi yang ditahan itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya lagi. – KOSMO ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news