Perlukah pakaian seragam untuk guru di Malaysia? 0 5665

MENYELUSURI 100 hari pemerintahan kerajaan baru di Malaysia dibawah dokongan Pakatan Harapan timbul desas-desus idea untuk memberikan pakaian seragam buat tenaga pengajar di sekolah-sekolah awam di Malaysia.  Walau ianya masih lagi hanya cakap-cakap sahaja namun sekiranya dilontarkan kata-katanya oleh pemimpin No. 1 sudah tentu ada keseriusan ceritanya.  

Jika difikirkan secara lebih logik apakah perlu untuk Kerajaan Malaysia menyediakan sejumlah peruntukan bagi menyeragamkan pemakaian warga pendidik kita.  Jumlah guru sahaja sudah cukup baik dari warga pendidik sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah tidakkah ianya akan lebih membebankan.  Bukankah lebih baik sekiranya sejumlah peruntukan itu disalurkan buat menaiktaraf sekolah-sekolah yang sedia ada contohnya perkakasan sekolah yang kebanyakkannya sudah ditahap hidup segan mati tidak mahu.  Atau untuk lebih up-to-date menyalurkannya buat membantu sistem pembelajaran guru-guru di sekolah-sekolah.  

Ya tidak dinafikan sememangnya ada warga pendidik yang mungkin melaram ke sekolah namun disebalik “pentas fesyen sekolah” mereka itu turut tertakluk dengan undang-undang pemakaian ke sekolah seperti yang sudah diikuti sejak dahulu lagi.  

Yang paling utama sekarang adalah untuk mengangkat sistem pendidikan kita agar setara dengan negara luar setelah pelbagai polisi-polisi pendidikan yang bertukar-tukar hanya kerana keseronokan Menteri Pelajaran sebelumnya.  Natijahnya pada anak-anak pelapis kepimpinan negara BUKANNYA warga pendidik yang sudah dewasa dan punya akal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja.  

Usah ditambahlagi segala hal yang tidak berkaitan. Jika ingin menjadi Malaysia Baru, harus berfikir ke hadapan bukannya ke belakang. – RP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news