Abang Johari:Antara wake up call dan desakan lepas jawatan PBB 0 5764

Setiap masalah adalah ‘wake-up call’, kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Justeru itu tegasnya, jadikan ia sebagai ujian hidup, dan sebagai panduan pada masa depan.

Dibaca dari sudut politik, mesej ini jelas menunjukkan sejarah tumbangnya Barisan Nasional di peringkat pusat baru-baru ini harus menginsafkan semua pihak.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak terkecuali, kerana ia sebagai sebahagian daripada parti komponen parti itu.

BN Sarawak menang 19 kerusi, dengan PBB menang 13 kerusi, Parti Rakyat Sarawak – PRS (3 kerusi); Parti Demokratik Progresif -PDP (2 kerusi) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak – SUPP (1 kerusi).

PBB hilang satu kerusi di Parlimen Puncak Borneo, PRS (3 kerusi); PDP (2 kerusi), manakalan SUPP (6 kerusi).

Berdasarkan tsunami politik yang berlaku di seluruh negara, serta isu ‘luar jangka’ yang melanda BN Sarawak pada saat akhir, ternyata prestasi parti itu, dan Abang Johari tidaklah seburuk mana.

Isu calon sememangnya, menjadi alasan hangat akan penolakan rakyat pada kali ini. Tetapi dalam konteks Pilihan Raya Umum Ke-14, dengan Abang Johari baharu 16 bulan berada di takhta, beliau perlu menampilkan tolak ansur dan tidak berkeras.

Oleh yang demikian, luahan Anak Melayu yang memviralkan cadangan agar Abang Jo melepaskan jawatan Presiden PBB baru-baru ini dilihat sebagai bermotif personal dan agenda jahat.

Ia hanya meneguk di air keruh, dan gagal berlandaskan fakta yang tepat.

Hanya satu kerusi PBB yang jatuh, dan pemilihan calon pun atas kapasiti konsensus dalam kalangan pimpinan Bidayuh (bukan beberapa kerusi seperti didakwanya). Justeru tidak adil untuk membuang nakhoda, hanya kerana sedikit air laut memasuki kabin bahtera.

Individu yang enggan mendedahkan dirinya ini turut mempertikai tindakan Abang Johari memperkenalkan Ekonomi Digital, Aliran Transit Ringan (LRT) dan Teknologi Hidrogen.

Tuduhnya, Ketua Menteri sebaliknya perlu menumpukan kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik dan air, sementelah hala ekonomi digital tidak dirasai oleh penduduk luar bandar.

Tuduhan seperti ini jelas adalah berdasarkan sentimen dan emosi semata-mata.

Harus diingat, dalam konteks hari ini, pendekatan pembangunan moden dan berciri digital adalah perlu untuk membangunkan ekonomi negeri, menambah kekayaan negeri dan meneruskan kemakmurannya.

Abang Johari sesungguhnya mempunyai alasan sendiri untuk menggerakkan pelbagai inisiatif yang diperkenalnya sebelum ini.

Beliau menjayakan LRT kerana lambat laun ia akan menjadi keperluan rakyat, sedangkan ketika ini harga tanah murah serta jarak masa pembinaannya pula agak panjang, selain sesuai dengan perancangan bandar.

LRT akan membantu menyuraikan kesesakan sementara banyak bandar dan kawasan baharu akan tumbuh baharu, sebagai kesan sampingan projek ini. Dengan pertambahan populasi yang berselerak, dan tidak sesak, ia diharap dapat meningkatkan daya saing dan daya beli negeri. Negeri akan lebih maju dan ekonomi lebih lebat apabila rakyat berani berbelanja.

Dalam konteks ekonomi digital, ia adalah keperluan masa kini.

Beliau sedar bahawa capaian kepada teknologi ini akan memudahkan generasi masa depan, dan kesannya akan dinikmati oleh anak-anak kita. Ekonomi dan ilmu juga berkembang pesat dengan memanfaatkan teknologi ini.

Foto: Bernama

Sementelah dalam konteks teknologi hidrogen pula, Ketua Menteri dan pasukannya melihat ia akan menjadi tenaga murah di Sarawak, kerana negeri ini kaya air selain mesra alam.

Justeru di mana salahnya pendekatan yang diambil beliau? Tindakan ini dilihat wajar biarpun bukan populis. Abang Johari bukan melakukannya semberono, tetapi atas kajian yang mendalam.

Benar, membina LRT bermakna dapat mengurangkan pembinaan jejambat dan lampu isyarat di kawasan sesak. Jumlah kenderaan juga berkurang dan tekanan akibat kesesakan dapat dileraikan.

Masyarakat luar bandar juga tidak diabaikan. Sejak lima tahun ini, penekanan terhadap kawasan ini begitu diambil berat.

Beberapa projek dilaksanakan bagi membolehkan rakyat luar bandar menikmati kemudahan setara di bandar.

Jalan pesisir yang melengkapi Laluan Pan Borneo, Sistem Grid Air untuk tangani isu ketiadaan air dan Projek Sares untuk elektrik luar bandar adalah contoh penegasan terhadap luar bandar.

Ini belum lagi projek pertanian terutamanya di kawasan tengah dan utara Sarawak.

Rakyat sedar akan tindakan Abang Johari. Rakyat juga sedar akan kegigihannya. Harus dibezakan di antara Abang Johari dan Najib, biarpun beliau sentiasa mengingatkan rakyat akan jasa Najib kepada Sarawak. Kerana ia hakikat yang jelas.

Justeru itu, usah terlalu mudah menghukum beliau untuk kekalahan satu kerusi PBB ini, sedangkan 13 kerusi lain terutamanya dominasi Melayu-Melanau, PBB menang selesa.

Pastinya, apa yang berlaku akan menjadi wake-up call kepada PBB dan komponen BN lain, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri 2021.

Abang Johari baharu bermula. Kudanya baru memacu separuh jalan dan sewajarnya rakyat menyokong dan memberi harapan. Usah didengar desak mereka yang berfikiran sempit, berwatak penghukum dan cepat melatah. Jenama Abang Johari masih kukuh dan utuh, dan sewajarnya diberi kepercayaan menjayakan impian Sarawak.

Yang penting, selepas wake up call ini, semua pihak akan turun ke bawah dan rakyat harus memberi sokongan, dan sokongan itu pula perlu kuat. Jika tidak, Sarawak akan mendapat pimpinan seperti Chong Chieng Jen, yang belum seminggu menjadi Kerajaan Persekutuan, sudah mengancam membatalkan rundingan penurunan kuasa Perjanjian Malaysia 1963. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news