Tawaran perjanjian oleh pembangkang tidak sah – Abdullah Saidol 0 5460

KUCHING: Keputusan untuk menuntut royalti minyak yang tinggi serta hak-hak negeri telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, malah ia mendapat sokongan sebulat suara pada persidangan DUN termasuk daripada pihak pembangkang.

“Tuntutan yang berkaitan dengan kepentingan serta hak negeri tersebut adalah untuk perhatian dan seharusnya dipertimbangkan kerajaan persekutuan.

“Maka pendekatan tawaran oleh Chong Chieng Jen (Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak) yang turut ditandatangani dua wakil pembangkang di negeri ini, adalah tidak sah.

“Ia bertentangan dengan dua usul mengenai dua perkara itu yang telah dilulus sebulat suara termasuk semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada persidangan DUN lepas,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Chong pada sidang medianya Rabu lepas bahawa kerajaan negeri mungkin tidak akan mendapat semula penurunan kuasa yang ditawarkan oleh PH sebelum Pilihan RayaUmum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Menurut Chong, ia disebabkan oleh tindakan kerajaan negeri sendiri yang enggan menandatangani perjanjian itu.Tambah Pengerusi DAP Negeri itu, memandangkan kerajaan negeri enggan menerima penurunan kuasa yang ditawarkan, maka kuasa itu akan terus kekal bersama kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Abdullah berkata, tawaran daripada PH Sarawak tidak sah dan tiada kuasa dalam undang-undang kerana tidak konsisten serta melanggar usul yang disokong serta diluluskan semua ADUN Sarawak pada Persidangan DUN lepas.

Beliau berkata,kerajaan negeri tidak mengiktiraf status atau kedudukan Chong serta dua lagi rakan wakil pembangkang yang menandatangani tawaran tersebut sebagai individu yang tidak sah untuk mewakili kerajaan persekutuan.

“Chong perlu diingatkan bahawa Manifesto PH Sarawak dalam PRU baru-baru ini juga mengandungi janji tentang royalti minyak dan perkara berkaitan kepentingan serta hak negeri.

“Malahan sepanjang tempoh berkempen dalam PRU baru-baru ini, PH Sarawak sering bercakap tentang janji mereka untuk menaikkan royalti minyak selain mengembalikan hak serta kepentingan Sarawak yang terhakis,” tegas beliau.

Sehubungan itu katanya, Chong seharusnya memikirkan bagaimana untukmenunaikan janji-janji tersebut dengan segera seperti yang dijanjikan.

“Beliau serta rakan-rakan PH Sarawak mesti berhenti mencari jalan untuk mengelak untuk melaksanakan janji-janji mereka,” kata Abdullah.

Kata beliau, kini kerajaan persekutuan adalah PH, maka jika rakyat Sarawak benar-benar di hati PH Sarawak serta mahu melihat Sarawak berkembang dan makmur, Chong dan rakan dalam PH Sarawak lain mesti menyokong usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan apa dimahukan daripada kerajaan persekutuan.

“Sekiranya PH Sarawak gagal atau tidak mendapat perhatian yang diperlukan atau memberi respons yang baik kepada kerajaan persekutuan PH, maka sah bahawa PH Sarawak hanya boneka kepada tuan mereka di Semenanjung Malaysia,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13506

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news