Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mereka yang mendakwa wujudnya gejala rasuah di Sarawak harus mengemukakan bukti.”Jika kamu boleh berikan bukti, saya akan arah (pihak berkuasa bertindak),” kata Mahathir pada sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada pentadbirannya akan menyiasat dakwaan rasuah oleh kerajaan negeri Sarawak.
Dalam satu laporan eksklusif, Malaysiakini mendedahkan bahawa Mahathir mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur Jumaat lalu, sejurus selepas mengambil alih jawatan perdana menteri.
Ini mencetuskan spekulasi bahawa BN Sarawak mungkin mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan itu.Taib memerintah Sarawak dari tahun 1981 dan 2014 sebagai ketua menteri – pegawai eksekutif paling lama.
Tempoh beliau dipenuhi dengan pelbagai tuduhan rasuah, penebangan hutan yang tidak terkawal dan pembabitan ahli keluarganya dengan kepentingan perniagaan yang luas dalam projek-projek kerajaan. – Kini TV