Najib bakal didakwa: PM 1 5596

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Versi dalam talian The Wall Street Journal (WSJ) semalam, melaporkan Perdana Menteri tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi mendapatkan kembali wang itu.

“Tidak akan ada rundingan,” kata Dr Mahathir seperti dipetik dalam artikel itu, yang ditulis berasaskan wawancara melalui pautan video bagi The Wall Street Journal CEO Council di Tokyo.

Dr Mahathir berkata, siasatan penuh perlu disiapkan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Najib.

“Ketika ini kami dalam proses mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara yang beliau sembunyikan ketika berkuasa dulu,” katanya.

Pada 2015, The Wall Street Journal melaporkan AS$681 juta dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun, Najib dan 1MDB menafikan melakukan sebarang penyelewengan. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Kes berkaitan 1MDB juga disiasat di beberapa negara.

Menurut laporan WSJ, Dr Mahathir menjangkakan menerajui pentadbiran negara selama satu atau dua tahun berikutan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.

Sebelum PRU-14 lalu, pemimpin berusia 92 tahun itu membayangkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan dari penjara.

Anwar yang disabitkan kesalahan meliwat, dijangka dibebaskan selepas mendapat pengampunan penuh.

Dalam laporan WSJ itu, Dr Mahathir berkata, Anwar akan dibebaskan esok dan membayangkan Anwar mengetuai satu daripada parti yang menjadi gabungan dalam parti pemerintah sebelum menjadi perdana menteri. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news