Kekasih Superman meninggal dunia 0 5622

Margot Kidder yang mencipta nama melalui Lois Lane, watak sebagai kekasih Superman dalam filem itu yang ditayangkan pada 1978, menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 69 tahun.

Walaupun Margot meninggal dunia Ahad lalu, media antarabangsa baru melaporkan kematiannya pada hari ini.

Walaupun tidak menyatakan punca kematian, pengurus Margot memaklumkan aktres itu mati dalam keadaan tenang ketika sedang tidur.

Margot sebelum ini pernah membintangi Superman di samping Christopher Reeve yang membawa watak alter egonya Clark Kent dalam versi asal filem itu dan tiga lagi sekuelnya, Superman II pada 1980, Superman III (1983) dan Superman IV: The Quest for Peace (1987).

Reeve meninggal dunia pada 2004 akibat komplikasi daripada jangkitan, sembilan tahun menjadi lumpuh selepas kemalangan sewaktu menunggang kuda.

Pada 2016, Margot memberitahu media bahawa keserasian dengan Reeve adalah asli kerana mereka mempunyai latar belakang yang sama dan aktor itu kelihatan seperti seorang daripada adik lelakinya.

“Tenaga yang kami peroleh seperti adik dan kakak iaitu selalu bertengkar. Tiada siapa menyedari perbezaan antara kami berdua – ia berjaya. Kami tidak perlu mencipta sebuah perbezaan realiti,” katanya seperti dilapor CNN.

Margot dilahirkan di Northwest, Kanada dan membuat penampilan pertama sebagai pelakon dalam rancangan bersiri Wojeck pada 1969.

Dia kemudian berpindah ke Los Angeles dan menggalas watak rancangan di televisyen termasuk McQueenMod Squad dan Nichols.

Bagaimanapun, memainkan watak sebagai seorang wartawan dan kekasih Superman mencatat kejayaan dalam hidup Margot sebagai anak seni.

Margot sebenarnya menjangkakan filem berkenaan akan menemui kegagalan.

“Tidak ada yang mempersiapkan sesiapa untuk menjadi terkenal di dunia, ia adalah satu kejutan. ia bukan sesuatu yang saya suka atau sesuatu yang dapat lakukan dengan terbaik.

“Saya tidak menyedari betapa baiknya filem ini sehingga menontonnya di tayangan perdana di Washington,” katanya.

Margot turut membintangi filem The Amityville Horror pada 1969 selain mempunyai pekerjaan stabil di penyiaran televisyen.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news