BN Sarawak tidak akan sertai Pakatan Harapan- Abang Jo 0 5573

KUCHING: Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengesahkan Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) meskipun berlaku peralihan tampuk pemerintahan di peringkat persekutuan. 

Katanya, Kerajaan BN Sarawak sebaliknya bersedia bekerjasama dengan dengan Kerajaan Persekutuan PH, seperti yang diperuntukkan perlembagaan. 

“Sudah tentu akan ada kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti yang wujud dalam sistem persekutuan. Itu sahaja,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan BN Sarawak akan menyertai PH. 

Beliau ditemui selepas menjadi hos makan malam kepada pembentang-pembentang Seminar Antarabangsa Ekonomi Digital Sarawak (Idecs) di sini malam tadi. 

Idecs akan bermula pada hari ini. 

Pengerusi BN Negeri itu turut menegaskan, tindakan Sarawak itu bukannya untuk menjadi pembangkang yang kuat tetapi lebih mengutamakan kepentingan negeri di samping inisiatif transformasi ekonomi. 

Ditanya soalan pembangunan, Abang Johari berkata peralihan kuasa itu tidak akan menjejaskan rancangan pembangunan di negeri ini, seperti jalan, bangunan malah bekalan air. 

“Kita menggunakan dana negeri, dan segala projek dan pelan di bawah Kerajaan Negeri akan berjalan seperti biasa. 

“Jika melibatkan projek di bawah Kerajaan Persekutuan..itu saya serahkan kepada mereka. 

“Ia terpulang kepada keputusan kepada Kerajaan Persekutuan tetapi untuk projek yang di bawah peruntukan Kerajaan Negeri, ia akan terus berjalan seperti biasa,” tambahnya. –Sarawakvoice 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news