Dua orang aktivis PKR terjun Sungai Sarawak 0 5755

PETRA JAYA: Dua aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petra Jaya menunaikan “niat” mereka dengan melakukan terjunan di Sungai Sarawak petang Sabtu.

Iswardy Morni, 41, dan Masuut Jamil, 53, merupakan penyokong dan aktivis PKR semenjak 1998, berniat pada 2016 lagi mengharapkan kemaraan Pakatan Harapan (Harapan) menguasai Putrajaya.

Menurut Masuut, “ini hasrat yang telah lama terpendam dan kini telah berjaya kami tunaikan setelah memenangi Putrajaya.”

Mereka melakukan terjunan di jeti Kampung Tanjung dua kali, sekitar 5 petang dengan disaksikan ahli PKR yang lain.

Iswardy memuat naik rakaman video tersebut di Facebooknya dengan status “Terjun sungai Sarawak style terjunan tak cukup makan”.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Harapan meraih 123 kerusi Parlimen untuk memerintah Malaysia, mengembalikan jawatan Perdana Menteri ketujuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada PRU14 calon Harapan dari Sarawak memenangi 10 kerusi Parlimen untuk mara dalam kabinet baharu di Putrajaya.

Dalam perkembangan terbaru, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata enam pemimpin politik Sarawak termasuk dua anggota Parlimen Bebas yang memenangi kerusi pada PRU14 menyertai PKR pada Sabtu.

Dua anggota Parlimen tersebut ialah Larry Sng Wei Shien (Parlimen Julau) dan Jugah Muyang (Parlimen Lubuk Antu) menjadikan Harapan mempunyai 12 kerusi Parlimen dari Sarawak.

Turut menyertai parti berkenaan bekas timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Tiga lagi menyertai PKR ialah Datuk Sylvester Entri Muran, bekas menteri muda Robert Lingga Mangge dan H. Khoo.

“Akan ada lagi pemimpin parti lain yang akan menyertai kita,” kata Zuraida yang juga anggota Parlimen Ampang. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13860

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8169

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news