Mahathir: Saya angkat sumpah jadi PM hari ini 0 5767

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-7.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media di Hotel Sheraton, Petaling Jaya awal pagi tadi selepas kiraan menunjukkan HARAPAN memperoleh kerusi parlimen yang cukup untuk menang majoriti mudah.

Ini bererti, buat pertama kali dalam sejarah, pertukaran kerajaan persekutuan terjadi di Malaysia selepas 60 tahun BN memerintah.

Pengerusi HARAPAN itu turut memaklumkan bahawa pihak istana juga telah memanggil pemimpin PKR.

Dr Mahathir juga memaklumkan bahawa beliau telah meminta ketua setiausaha negara (KSU) Tan Sri Ali Hamsa untuk mengumumkan hari Khamis dan Jumaat sebagai cuti umum seperti dijanjikan HARAPAN sebelum ini.

Susulan itu, Ali melalui kenyataan twitter mengumumkan cuti umum pada 10 dan 11 Mei serta 13 Mei (bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan). 

Sementara itu, berdasarkan kiraan Malaysiakini, HARAPAN berjaya mendapat sekurang-kurangnya 115 kerusi parlimen daripada 222, tidak termasuk calon bebas yang direstui mereka di Batu.

BN mendapat 74 kerusi, PAS 17 dan bebas tiga.

Masih terdapat 14 kerusi lagi yang masih belum ada keputusan jelas. – MK

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news