DinoTrek2 kembali ke Sarawak, pameran berlangsung setahun di Dewan Suarah Kuching 0 5680

KUCHING: Bermula semalam, Petrosains kembali menganjurkan DinoTrek2 di Sarawak.

Bertempat di Dewan Suarah Kuching, pameran anjuran Petronas dan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan itu akan berlangsung selama setahun, atau sehingga penghujung Mac 2019.

Majlis pembukaan rasminya disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd Morshidi Ghani semalam.

Melalui pameran ini, orang ramai terutamanya kanak-kanak di negeri ini berpengalaman untuk bersemuka dengan pelbagai spesies dinasour seperti Tyrannosaurus Rex dan Spinosaurus.

Ia juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada komponen Pusat Sains yang dikenali sebagai Petrosains PlaySmart, yang dijangka siap pada penhujung tahun 2019.

Petrosains DinoTrek mula dianjurkan secara bergerak pada 2003 di KLCC dan telah menjelajah banyak negeri termasuk Sabah, Kedah, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang. –Sarawakvoice

Foto : Page Francis Ngu Hown Hua

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news