BN tetap dominasi kerusi Parlimen di Sarawak 0 5557

KUCHING: Menjelang berakhirnya tempoh berkempen tengah malam esok, penganalisis politik kini giat membuat ramalan dan andaian mengenai apa yang bakal berlaku di medan politik negara apabila pengundi memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Di Sarawak, rata-rata berpandangan Barisan Nasional (BN) boleh menang dengan mudah, malah ramai berpendapat apa yang sedang diusahakan oleh BN negeri bukan sekadar mengekalkan 25 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu malah mengintai kemenangan yang lebih besar kali ini.

Naib Canselor Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid meramalkan BN Sarawak boleh menambah sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi, senada dengan sasaran yang diletakkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ada banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan BN Sarawak, namun kesimpulannya, rata-rata pemilih di sini mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan BN peringkat negeri.

Beliau berkata kemelut politik di Semenanjung dilihat tidak memberi sebarang kesan kepada masyarakat Sarawak yang lebih mengutamakan isu-isu setempat.

Pada PRU13, BN Sarawak membolot 25 kerusi Parlimen, dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) 14, Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) empat dan satu oleh SUPP manakala di pihak pembangkang, DAP menduduki lima kerusi dan PKR satu.

Khairuddin berkata senario politik di Sarawak jauh berbeza dengan politik Semenanjung di samping tiada isu serius yang boleh dimainkan oleh pembangkang.

Justeru, katanya masyarakat Sarawak sukar mencari kelemahan BN di peringkat negeri disebabkan perpaduan mantap dalam kalangan rakyat di bawah kepimpinan yang berwibawa.

“Setakat isu nasional, ia langsung tidak memberikan kesan kepada rakyat Sarawak kerana di sini rakyatnya lebih banyak melihat kepada kebaikan untuk penduduk negeri sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Madya Dr Jeniri Amir, pula berkata BN di Sarawak tidak menghadapi masalah besar untuk menang walaupun di Semenanjung tidak dinafikan ia menghadapi cabaran getir dalam bentuk saingan yang amat sengit.

Beliau turut yakin dengan sasaran yang diletakkan oleh Abang Johari disebabkan pelbagai faktor, terutama yang berkaitan dengan sokongan kaum Cina, kerana semua lima kerusi Parlimen yang dimiliki DAP yang menjadi sasaran BN sekarang, adalah kawasan majoriti pengundi Cina.

Abang Johari, dalam satu perjumpaan dengan media dua hari lepas, berkata beliau yakin BN boleh membolot 28 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan di Sarawak disebabkan pelbagai faktor.

Beliau memberi bayangan bahawa kerusi-kerusi Parlimen yang boleh ditawan BN itu mungkin bukan di Kuching, tapi di bahagian tengah Sarawak, dan di utara, yakni Miri.

Sementara itu, penganalisis politik veteran, Datuk Peter Minos juga beranggapan bahawa pemilih Sarawak akan bersama dengan Ketua Menteri untuk memperoleh jumlah kerusi yang disasarkan.

Beliau berkata ini kerana majoriti pemilih di Sarawak melihat parti pembangkang yang berasal dari Semenanjung Malaysia menggunakan permainan politik yang langsung tidak boleh diterima pemilih di Sarawak.

Menurutnya. mereka lebih banyak berusaha memecah belah perpaduan dengan menggunakan taktik menyerang, tohmahan, tuduhan tidak berasas, menggunakan bahasa kesat, mencabar dan sebagainya, yang rata-rata di sini menganggap ia sebagai ‘politik Semenanjung’.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13533

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news