Dadah: Dua warga emas antara tujuh berdepan hukuman gantung 0 5675

KUCHING: Tujuh individu termasuk dua warga emas bakal berdepan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan kerana memiliki dadah dalam dua serbuan berasingan, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Sri Amer Awal berkata, kedua-dua warga emas terbabit yang berusia 71 (perempuan) dan 73 (lelaki) tahun ditahan di sebuah rumah di Jalan Layang-Layang di Sibu, sekitar jam 9.20 pagi.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Sibu berjaya menemui 1,000 biji pil disyaki Estacy seberat 473.41 gram.

“Pemeriksaan di dalam rumah berjaya menemui satu bungkusan kurier (perkhidmatan kiriman cepat) berwarna hitam, di mana didapati terdapat satu amplifier dan apabila dibuka terdapat 20 balutan foil aluminium yang setiap satu balutan mengandungi 50 biji pil disyaki ecstacy.

“Lanjutan dari itu, polis berjaya menahan dua lagi lelaki berusia 19 tahun termasuk seorang pelajar IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) di perkarangan Balai Polis Sungai Merah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Amer selain itu turut memberitahu keseluruhan pil tersebut dianggarkan bernilai RM80,000.

“Keempat-empat suspek didapati negatif dadah selepas menjalani ujian saringan awal air kencing,” katanya.

Amer menunjukkan dadah yang dirampas daripada tiga lelaki dalam serbuan di Kampung Semariang.

Sementara itu, tiga lelaki ditangkap di kerana didapati memiliki dadah jenis ganja seberat 2,094 gram dan syabu seberat 16.70 gram dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Semariang, Petra Jaya di sini sekitar jak 11 pagi semalam.

“Pasukan serbuan menangkap seorang daripada suspek di luar rumah berkenaan serta merampas satu bungkusan perkhidmatan kiriman cepat dan dalam masa sama menangkap dua lagi suspek di stor di belakang rumah tersebut.

“Pemeriksaan ke atas bungkusan tersebut mendapati ia berisi dua bungkusan ketulan mampat yang disyaki dadah jenis ganja yang dianggarkan bernilai RM14,000,” kata Amer.

Tambahnya, turut ditemui enam paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM4,676.Kesemua dadah tersebut dirampas dan ketiga-tiga suspek juga ditahan  untuk siasatan lanjut.

Ujian air kencing juga mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine, manakala seorang lagi negatif.

Kedua-dua kes tersebut disiasat di bawahSeksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news