Pendapatan minimum petani Sarawak RM4,000 pada 2030 — Uggah 0 5882

KUCHING: Kerajaan Negeri menyasarkan golongan petani di negeri ini memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan menjelang tahun 2030, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, sasaran itu bukan mimpi kerana ia adalah hakikat yang boleh dicapai ketika Sarawak berstatus negeri maju.

“Tetapi ia tidak akan berlaku sekiranya para petani masih berpegang kepada kaedah tradisi dan konvesional.

“Petani moden hari ini tidak lagi boleh bergantung kepada satu produk sahaja, sebaliknya mempelbagaikan hasil tanaman, yang boleh dieksport ke luar negara.

“Antara tanaman yang memiliki potensi besar ini ialah lada dan durian.

“Durian malah mempunyai harga yang cukup baik ketika ini,” katanya ketika melancarkan Program Pemulihan Dusun Durian di Dewan Serba Guna Teng Bukap, Padawan di sini.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P198 Puncak Borneo, Genot@ Jeannoth Sinel.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata, kerajaan komited untuk memperkasa industri durian di negeri ini dan telah mengenal pasti potensinya untuk meningkatkan sumber pendapatan para petani, khususnya di luar bandar Sarawak.

“Oleh itu, kita menyokong malah menggalakkan program transformasi luar bandar berkaitan program pertanian ini.

Jelasnya, di sekitar Kuching dan Serian, pihaknya telah melakukan penyelidikan menggunakan drone dan sebanyak 18,000 batang pokok telah dikenal pasti.

“Kita kini sedang berusaha menangani masalah lambakan buah di pasaran pada setiap kali musim durian, serta masalah kekurangan bunga yang dapat menghasilkan buah durian bermutu.

“Kita berharap bunga yang dihasilkan oleh pokok durian selepas kajian ini akan menghasilkan banyak buah.

Projek perintis baik pulih dusun durian ini diadakan di beberapa tempat, dengan melibatkan pembajaan dan penjagaan yang rapi.

Ia menyasarkan setiap dusun ini dapat meningkatkan hasil pengeluaran serta menambah pendapatan petani.

“Kita berharap pada tahun hadapan (2019) di Serian, sekurang-kurangnya 5,000 pokok dapat dibaik pulih, dengan sekurang-kurangnya setiap pokok menghasilkan 50 biji.

“Matlamat seterusnya ialah menanam durian di Pusat Latihan Pertanian Kabuloh, Semenggok dan Tarat untuk melatih para petani menukar teknik penanaman,” ujarnya.

Sebanyak RM7 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan projek ini, yang dilaksanakan dengan kerjasama Top Fruits Sdn Bhd.

Top Fruits (Sarawak) Sdn. Bhd. memiliki pengalaman 30 tahun dalam penanaman dan pemprosesan buah-buahan untuk tujuan eksport, termasuk ke negara China.

Mereka juga berpengalaman dalam penanaman dan pemprosesan durian serta memiliki jaringan pemasaran yang luas. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news