Rumah panjang di Pasai runtuh ketika penduduk sedang berkempen, tiga wanita pengsan 0 5575

SIBU: Tiga wanita pengsan termasuk seorang terpaksa dikejarkan ke klinik berdekatan selepas ruai sebuah rumah panjang runtuh di tengah-tengah kehangatan penghuninya berkempen

Insiden dilaporkan berlaku di Rumah Entering Usah, berhampiran Pasai di Parlimen Sibu petang semalam.

Difahamkan faktor struktur menyebabkan ruai tersebut runtuh dan menyebabkan lebih 50 wanita dan kanak-kanak yang duduk di atasnya, jatuh lebih dua meter ke tanah.

“Ketika insiden berlaku, terdapat lebih 1,000 tetamu sedang berada di rumah panjang tersebut, bagi mendengar kempen.

“Ia berlaku sekitar jam 4.30 petang, ketika saya sedang menyampaikan ucapan aluan,” kata tuai rumah Entering.

Para tetamu ini merupakan penduduk daripada lapan buah rumah panjang di sekitar kawasan Pasai.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebanyakan mangsa hanya mengalami cedera ringan dan calar akibat terkena paku dan kayu.

Rumah panjang ini telah berusia lebih 30 tahun dan mempunyai 22 pintu serta lebih 150 penghuni. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news