Anggota polis maut dalam kemalangan 0 5582

SERIAN: Seorang anggota polis terbunuh akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan di Kilometer 2 Jalan Gedong di sini, semalam.Mangsa Angat Dusi, 59, dan bertugas di Cawangan Akademik, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching semasa kejadian dikatakan menunggang motosikal dari arah Serian menuju ke Gedong sekitar 4.20 petang.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah kereta.“Sampai di satu selekoh (tempat kejadian), motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah kereta.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki kanan,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan di sini semalam.Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Serian untuk bedah siasat yang dijadualkan diadakan pada hari ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu di Kuching, seorang pembonceng motosikal dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Satok-Matang di sini sekitar jam 5.30 petang semalam.Wanita terbabit semasa kejadian dikatakan bersama suaminya menaiki motosikal menuju keMatang apabila dilanggar sebuah kereta dari arah belakang yang kemudian terus beredar dari tempat kejadian.

“Akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang hanya mengalami kecederaan di bahagian bahu , belakang badan serta kakinya,” kata AlexsonMangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

“Mayat mangsa juga dihantar ke Unit Forensik HUS untuk bedah siasat dan kini usaha mengesan sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut masih diteruskan,” tambahnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13517

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news