Lebih banyak tanah NCR diluluskan untuk keperluan rakyat – Awang Tengah 0 5720

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, daripada 834,696 hektar tanah di negeri ini, 656,373 hektar di diwartakan sebagai Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 6 (Rizab Gunasama Bumiputera) Kanun Tanah Negeri (KTN).

Menurut Awang Tengah, penyukatan NCR ini bermula 2010 diteruskan melalui dua fasa iaitu sukat keliling dan individu sehingga selesai.

Berucap pada majlis penyerahan surat hak milik tanah Seksyen 18, KTN di bawah Inisiatif Baharu NCR dan Kampung Tradisi di Dewan Suarah, Awang Tengah mengaku bentuk geografi negeri ini menyebabkan kerja penyukatan agak mengambil masa.

Pada majlis tersebut Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua menyerahkan 414 surat hak milik tanah kepada penerima dari Kampung Empila, Pangkalan Kuap dan Tanjung Parang.

Awang Tengah turut mendedahkan 47,532 lot rumah kediaman di 350 kampung sudah diukur menerusi Program Pengukuran Kampung Tradisi di bawah NCR. –Sarawakvoice

Gambar fail

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news