Pembangkang beri tentangan sengit di 10 kerusi BN di Sarawak 0 5548

Menjelang hari penamaan calon hari ini, politik Sarawak semakin hangat dan menarik.

Mungkinkah BN Sarawak dapat mencapai sasaran untuk memenangi 28 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang? Atau akan berlaku status quo? Maksudnya, pembangkang akan mengekalkan enam kerusi yang dimenanginya pada 2013. Seyogia diingat Pakatan Harapan menyasarkan untuk menang di sepuluh kerusi kali ini β€” satu angka yang disifatkannya realistik dan dapat digapai.

Keyakinan Pakatan harapan bukan tidak berasas. Dengan pergolakan dan kocakan dalam cawan kopi yang berlaku di sesetengah kawasan ekoran masalah dalam kalangan parti komponen BN, Pakatan Harapan berharap untuk mengukuhkan kedudukan.

Tentu pembangkang mengintai untuk merampas kerusi seperti Selangau, Puncak Borneo, Saratok, Baram, dan Mukah. Tetapi adakah itu sekadar angan-angan atau omong kosong?

BN tidak akan mudah menyerah kalah. Dengan kelebihan yang ada padanya, termasuk jentera parti yang efisien dan menyeluruh, BN sukar digugat.

Terdapat 31 kerusi untuk direbut dengan sekitar sepuluh kerusi dijangka sengit.

Harus diingat dengan 31 kerusi padanya, Sarawak menyumbang kepada 14 peratus daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini.  Jumlah kerusi yang banyak itu selaras dengan tuntutan pengasas dan pejuang kemerdekaan pada 1963. Pada 2013, BN Sarawak memenangi 25 kerusi. Bermaksud, 19 peratus daripada jumlah kerusi keseluruhan yang dimenangi BN.

Kebanyakan kerusi di Sarawak terletak di luar bandar dan separa bandar. Adakah pengundi di 27 kawasan terbabit masih lagi menyokong BN? Atau sudah berlaku perubahan dari segi pemikiran mereka sejak lima tahun lalu ekoran pelbagai perkembangan politik?

Mampukah  BN memenangi hati pengundi Cina di bandar? Jika pilihan raya negeri 2016 dijadikan ukuran, ada sedikit harapan untuk BN meskipun sekitar 65 peratus daripada mereka menyokong pembangkang. Hakikatnya, pilihan raya negeri tidak sama dengan PRU, dengan PRU lebih tertumpu kepada isu nasional dan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi BN, yang penting peratusan yang turun mengundi perlu tinggi, khususnya dalam kalangan pengundi bumiputera. Pada PRU-13, sekitar 78 peratus pengundi Melayu/Melanau turun mengundi berbanding pengundi Bidayuh sekitar hampir 80 peratus. Jumlah pengundi Cina yang turun mengundi ialah sekitar 73 peratus, dan Iban 75.6 peratus.

Sokongan pengundi Melayu/Melanau kepada BN pada PRN 2016 ialah 80 peratus, Cina 35 peratus, Iban 69 peratus, Bidayuh 63 peratus, dan Orang Ulu 57 peratus.

Adakah mungkin peratusan pengundi Cina yang menyokong BN akan meningkat akan menjunam?

Dijangka pola pengundian tidak akan jauh berubah dalam PRU-14.

Pembangkang akan memberi tentangan sengit di kerusi bandar dan beberapa kerusi luar bandar dan separa bandar.

Dijangka PBB tidak akan berdepan dengan banyak masalah untuk memenangi semua 14 kerusi dalam PRU-14.

PRS, PDP dan SUPP akan mendapat tentangan sengit di beberapa kerusi. β€” Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news