Azwan berlogo Gajah lawan abangnya Azmin, beri 50,000 rendang kepada penyokong 0 5505

KUALA LUMPUR: Selebriti Mohamed Azwan Ali menunaikan hasratnya tampil di Dewan Dato’ Ahmad Razali bertanding sebagai calon Bebas berlogokan “Gajah” untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa hari ini.

Azwan sebelum ini berjanji mengekori bayangan abangnya sendiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menentangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.

Pergeseran peribadi antara Azwan-Azmin sebelum ini bukan rahsia lagi di mata awam sehingga Azwan sanggup mengheret abangnya ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hujung Disember tahun lepas

Azwan berbaju merah dan berkaca mata hitam tampil di pusat penamaan calon
menjadikan DUN Bukit Antarabangsa berdepan pertandingan lima penjuru.

Selain Azwan Bebas dan Azmin dari PKR, tiga calon lain ialah Ketua Wanita Umno Ampang Salwa Yunus (BN), Ketua Penerangan Pas Ampang, Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (Pas) dan Ahmad Kamarudin Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Memetik laporan media pada Sabtu Azwan berkata, “Cukup-cukuplah saya propa” dan berjanji tidak mahu mengecam sesiapa lagi terutama abangnya, Azmin Ali selepas diumumkan sebagai calon hari ini.

Azwan mengaku kenyataannya sebelum ini sekadar gimik dan beliau sedia memberi fokus kepada kebajikan rakyat di kawasan beliau bertanding.

Menurut Azwan manifesto beliau ialah rakyat nombor satu dan mahu bercakap perkara menguntungkan rakyat di Bukit Antarabangsa.

Azwan mengulas lanjut strategi kempennya dengan memberitahu beliau akan memberikan 50,000 rendang ayam dan daging kepada penyokong di DUN berkenaan.

Azwan dalam kenyataannya kepada kinitv berkata, sebagai negara demokrasi, sesiapa pun boleh bertanding! –Sarawakvoice

Foto Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13528

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news