Pengawal keselamatan ditahan polis kerana muat naik status hina islam di facebook 0 5667

KUCHING 24 April – Seorang pengawal keselamatan ditahan di perkarangan Balai Polis Kota Sentosa, Padawan di sini, berhubung status menghina agama Islam dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, Girik Joket pada pukul 6.45 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk S. Dev Kumar berkata, tangkapan tersebut dibuat setelah seorang penjawat awam berusia 42 tahun membuat laporan di Balai Polis Batu Kawa di sini padapukul 8.45 pagi semalam, terhadap status berkenaan

.Katanya, siasatan mendapati suspek berusia 50 tahun turut membuat satu laporan di Balai Polis Gita pada pukul 9.15 kelmarin, yang mengaku memuat naik status ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

“Pengawal keselamatan terbabit membuat laporan itu selepas mendakwa diugut dan dikecam oleh pihak tertentu yang berang dengan status terbabit yang sudah menjadi tular,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut seksyen 298 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, untuk permohonan reman pagi ini.

“Polis menasihatkan netizen supaya tidak menulis status atau komen dalam media sosial berunsur perkauman atau menghina mana-mana agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan permusuhan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang berbuat demikian,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news