Guru ditahan polis di Batu Niah kerana dipercayai mencabul murid tahun dua 0 5738

Miri: Polis menahan seorang guru sebuah sekolah rendah di Batu Niah dipercayai telah mencabul kehormatan seorang murid perempuan tahun dua.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, guru lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap pada 3.30 petang semalam di pekarangan Balai Polis Miri.

“Mangsa adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun kini belajar di tahun dua namun perbuatan mencabul itu dipercayai mulai berlaku sejak mangsa tahun satu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dev berkata, perbuatan guru tersebut terbongkar apabila ibu mangsa berusia 26 tahun diberitahu oleh mangsa sendiri bahawa suspek sering mencabul kehormatannya dalam kelas di belakang meja guru yang menjurus kepada laporan polis dibuat pada bulan ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) dan 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya sambil menambah perintah untuk mendapatkan tahanan reman akan dibuat pagi ini. -Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news