BN yakin menang 29 dari 31 kerusi parlimen Sarawak 0 5518

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin barisan calon yang dinamakan hari ini untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mampu menepati sasaran Barisan Nasional (BN) untuk menang majoriti kerusi Parlimen di Sarawak.

Beliau berkata daripada 31 kerusi Parlimen itu, 14 kerusi akan ditandingi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tujuh oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), enam kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan empat lagi oleh Parti Progresif Demokratik (PDP).

Abang Johari berkata daripada 31 calon BN, 15 adalah muka baharu yang mana PBB dan SUPP masing-masing memperkenalkan enam muka baharu, PRS (dua) dan PDP (satu) manakala 16 calon merupakan penyandang.

β€œSeramai 25 calon adalah lelaki dan enam wanita. Kita yakin bahawa BN boleh memenangi 29 kerusi pada PRU kali ini,” katanya ketika mengumumkan calon BN Sarawak untuk PRU14 di Kuching hari ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak turut mengucapkan terima kasih kepada SUPP dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) kerana sanggup menggunakan satu platform untuk menghadapi PRU kali ini.

Katanya, kesemua 31 calon BN itu juga telah ditapis dan disahkan bebas daripada sebarang bentuk jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata anak Presiden UPP Datuk Seri Wong Soon Koh iaitu Wong Kee Yew@Andrew Yew daripada SUPP dicalonkan untuk kerusi Sibu.

Sementara itu, Abang Johari berkata pemilihan calon baharu daripada kalangan personaliti muda dan berpengalaman adalah untuk mempersiapkan negeri ini menghadapi era digital.

β€œSaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa penyandang kerusi kerana bersedia memberi laluan kepada calon yang lebih muda,” katanya.

Beliau berkata setiap pemimpin di negeri ini mesti fokus kepada perpaduan dan kepentingan Sarawak dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Katanya, manifesto BN Sarawak bagi PRU14 turut menekankan keperluan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas bagi rakyat negeri ini dan inisiatif-inisiatif diperkenalkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan rakyat.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13475

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news