Tiada lagi zon selesa, Petronas kini perlu bekerjasama dengan Petros — Abang Jo 0 5599

KUCHING: Pindaan kepada Ordinan Perlombongan Minyak, 1958 (OMO) yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri tidak lama lagi, akan menghendaki semua peserta industri minyak dan gas di Sarawak mematuhi ordinan tersebut, termasuk Petronas, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, kawalan ini penting bagi memastikan kedua-dua industri hulu dan hiliran pengeluaran minyak dan gas, termasuk pengagihan gas di Sarawak dapat membantu memperluas ekonominya, sambil meningkatkan tahap penyertaan syarikat tempatan negeri ini dalam industri mknyak dan gas.
“Seksyen 2 yang dibaca dengan Seksyen 6, dan Seksyen 8 Akta Pembangunan Petroleum, 1974 (PDA) mengesahkan bahawa semua pemain industri mesti mematuhi OMO dan undang-undang negeri lain termasuk Kanun Tanah Sarawak.
“Saya telah menyatakan bahawa di bawah seksyen 8 PDA, hanya Akta Perlombongan Petroleum, 1966 (kecuali seksyen 14 daripadanya) tidak terpakai kepada Petronas.
“Seksyen 14 Akta Perlombongan Petroleum, 1966 (yang tidak lagi terpakai bagi Sarawak) menghendaki Petronas mendapatkan kebenaran untuk menggunakan dan menduduki tanah yang diperlukan untuk kegiatannya.
Oleh itu, tegas Abang Jo, Petronas tidak dikecualikan oleh PDA, daripada pematuhan kepada Kanun Tanah Sarawak, dan mesti mempunyai lesen atau pajakan untuk menggunakan dan menduduki tanah, termasuk tanah di Pelantar Benua, untuk pengeluaran minyak dan gas.
Di bawah Perkara 2 (c) Senarai II Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, tegasnya, Sarawak mempunyai kuasa perlembagaan untuk mengeluarkan lesen eksplorasi dan prospek perlombongan untuk petroleum (termasuk gas asli) di pantai dan di luar pantai, dalam sempadan negeri ini.
“Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menerbitkan Pajakan Perlombongan kepada Petros, dan dengan demikian membenarkan hak perlombongan kepada Petros yang akan melaksanakan pengaturan yang adil dan saksama dengan Petronas dan syarikat lain yang berkaitan dengan perlombongan minyak dan gas dari kawasan yang diliputi oleh Pajakan Perlombongan.
Kata Ketua Menteri lagi, dalam mengawal pengeluaran minyak dan gas huluan, Petronas hanya perlu berurusan dengan Petros untuk menghasilkan atau mengeluarkan minyak dan gas dari bawah tanah di sempadan negeri.
Petros merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri, akan memasuki Perjanjian Perkongsian dan Pengeluaran Pengeluaran dengan Petronas dan pemain industri utama lain tidak lama lagi. –Sarawakvoice
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15222

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news