Lima penculik diberkas polis di Lawas 0 5555

LAWAS:  Seorang lelaki yang menjadi mangsa culik pada Rabu lepas berjaya diselamatkan dalam tempoh kurang 24 jam dengan penangkapan lima dari tujuh suspek dibeberapa lokasi berasingan di bandar ini.

Kontraktor berusia 60 tahun itu diculik sekumpulan lelaki di sebuah kedai makandi bandar ini sekitar jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata ketika kejadian mangsa didatangi kesemua suspek yang berbincang mengenai pelaburan.

“Bagaimanapun berlaku pertengkaran sebelum mangsa diheret dan dimasukkanke dalam sebuah kenderaan suspek terbabit,” katanya hari ini.

Abang Zainal berkata ekoran insiden itu polis melancarkan operasi mencari termasuk mengadakan sekatan disemua jalan keluar dan masuk ke daerah ini.

“Hasil maklumat dan bantuan orang ramai polis berjaya menahan lima daripada tujuh suspek berusia 60 hingga 30 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu malam Rabu lepas.

“Mangsa yang diselamatkan turut mengalami kecederaan di bahagian kepala,tangan dan kaki dipercayai dipukul suspek dan kemudiannya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” ujarnya.

Kesemua suspek direman bermula semalam hingga Isnin depan.Katanya polis masih meneruskan usaha untuk menjejaki dua lagi suspek yang masih bebas.

Kes disiasat dibawah Seksyen 365 KanunKeseksaan. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13505

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8150

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news