KUCHING: Dua beradik maut apabila motosikal ditunggang mereka melanggar belakang lori dalam satu kemalangan di Kilometer 21, Jalan Kuching-Serian pada jam 6.00 pagi, Jumaat.
Chile Brownson Jika, 21, dan Beraina Jika, 26, berasal dari Kampung Sual, Simunjan dalam perjalanan ke Kuching gagal mengelak lori yang sedang bergerak.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kaki.
Mayat kedua-dua mangsa kepada dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Sementara pemandu lori ditahan polis untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Utusan Borneo Online