Mayat nelayan Kampung Semarang hilang di laut ditemui 0 5746

PUSA: Misteri kehilangan sepasang suami isteri dari Kampung Semarang ketika sedang menangkap ikan di laut semalam terjawab hari ini.

Kira-kira jam 9. 15 pagi tadi pasukan operasi mencari dan menyelamat ( SAR) berjaya menemukan mayat salah seorang mangsa.

Mayat Yunus Morni, 58 tahun, ditemui di kawasan perairan Kabong dalam keadaan yang masih sempurna.

Bagaimanapun isterinya Zahara Hamzah, 54 tahun, masih gagal ditemui hingga kini.

Pasangan tersebut dikatakan keluar ke laut awal pagi semalam dengan bot nelayan milik mereka untuk menangkap ikan.

Kedua-dua pasangan berkenaan mempuyai empat orang anak. Anak sulung pasangan tersebut kini sedang belajar di Mesir.

Anak kedua mereka seorang askar, yang ketiga juga telah bekerja dan yang bongsu baharu sahaja tamat tingkatan 5.

Menurut seorang penduduk, Maden Amat, 42, isteri Yunus berasal dari Johor dan telah lama menetap di Semarang.

Pada hari kejadian perahu milik mangsa berkenaan ditemui penduduk kampung kira-kira jam 9 pagi di kawasan perairan laut Kabong dengan enjin bot berkenaan masih hidup namun pemilik bot dan isteri tiada di dalam bot tersebut.

Menurut seorang penduduk, ketika bot dijumpai pukat ikan masih berada di dalam bot tersebut.

Jenazah Yunus kini telah berada di kampung halamannya di Semarang untuk urusan selanjutnya.

Sementara itu operasi SAR masih diteruskan bagi menjejak isteri mangsa yang masih belum dijumpai. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15347

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8412

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news