AEON Mall Kuching Central akan dibuka Jumaat ini 0 6437

KUCHING: Pusat beli-belah AEON Co (M) Bhd pertama di Sabah dan Sarawak, AEON Kuching Central dengan 135 penyewa yang akan mula dibuka pada Jumaat ini, dijangka menjana lebih 1,000 pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Pengarah Eksekutif AEON, Poh Ying Loo berkata daripada 1,000 pekerjaan itu, 400 adalah secara langsung daripada perniagaan, pengurusan dan pasar raya AEON.

“Baru-baru ini 320 individu dari sini yang telah diambil bekerja telah dihantar menjalani latihan di Johor, sebelum dibawa semula untuk berkhidmat di sini,” katanya kepada pemberita di akhir kunjungan media ke AEON Kuching Central di sini, hari ini.

Poh berkata AEON membawa pengalaman membeli-belah yang berbeza kepada penduduk tempatan, selain memperkenalkan gaya hidup baharu.

Pusat beli-belah tiga tingkat ini merupakan destinasi sehenti yang menawarkan tarikan berbeza dan menarik kepada pembeli, daripada segmen barang keperluan harian hingga kepada fesyen, gaya hidup, makanan dan minuman serta banyak lagi,”katanya.

AEON Kuching Central terletak di Min Chu Garden, kira-kira 25 minit dari pusat bandar Kuching.

Pusat beli-belah seluas 560,000 kaki persegi itu dilengkapi tiga tingkat ruang runcit dan 1,800 tempat letak kenderaan.

AEON, dengan AEON Kuching Central yang akan beroperasi, kini mempunyai 27 pusat beli-belah dan 35 pasar raya di seluruh negara.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news