Masjid terapung Kuching dijangka siap pada September – Abang Jo 0 5691

KUCHING: Masjid Bandar Kuching yang baharu, yang juga dikenali sebagai Masjid Terapung di Sungai Sarawak dijangka akan siap dan dibuka kepada orang ramai pada September depan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini kerja-kerja pembinaan masjid ini telah 60 peratus siap, dengan kerja-kerja pembersihan dan hiasan dalaman dijangka akan mengambil sedikit masa.

“Ia akan menjadi tarikan terbaharu di sepanjang Tebingan Kuching selain Jambatan Darulhana, Dewan Undangan Negeri, Astana Negeri dan bangunan Mahkamah Lama Kuching.

“Apabila siap kelak, ia dapat memuatkan lebih 1600 jemaah pada satu-satu masa,” katanya ketika melawat tapak pembinaan masjid itu di Jalan Gambier itu sebentar tadi.

Masjid yang diilhamkan daripada reka bentuk masjid di Turki, terutama pada kubah dan menara dibangunkan dengan kos RM10.6 juta.

Projek pembinaannya bermula pada 2016 selepas, Lembaga Amanah Masjid Bandar Kuching mencadangkan naik taraf masjid lama.

“Ketika ini kita ada mencadangkan beberapa tambahan supaya apabila siap kelak, ia mempunyai arkitektur yang berbeza daripada masjid lain yang telah kita bangunkan,” tambahnya.

Bagi mencantikkan lagi kawasan masjid dua tingkat itu, katanya kawasan persekitaran Tebingan Kuching juga akan dibangunkan.

“Yang penting ia akan menjadi bangunan ikonik, yang akan menuju ke perkampungan Melayu di kawasan Satok,” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan cadangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan tebingan di sepanjang Kampung Sungai Bedil Besar hingga ke Kampung Tanjung.

“Projek ini akan berlangsung selama dua tahun.

“Satu lagi projek ialah pembinaan laluan di hadapan Dewan Undangan Negeri yang disekalikan dengan air pancut berirama,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13504

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8150

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news