KUCHING: Kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja (KD) Sri Indera Sakti 1503 berlabuh di Pelabuhan Pending Kuching bermula Jumaat.
Sehubungan itu, Pegawai Memerintah KD Sri Indera Sakti, Komander Mohamad Sham Saimonmenyeru warga Kuching dan kawasan sekitarnya menghadiri Hari Terbuka KD Sri Indera Sakti pada Sabtu ini yang dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5 petang untuk melihat sendiri aset kapal TLDM itu.
“Kapal ini yang ditauliahkan pada 24 Oktober 1980 mempunyai panjang 100 meter dan seberat 4,450 tan dilengkapi dengan pelbagai senjata perang berteknologi termasuk sebuah helikopter.”Kapal ini juga pernah beroperasi di perairan Teluk Aden Somalia bagi menentang ancaman lanun pada tahun 2008-2009,” katanya ketika ditemui pemberita di Pelabuhan Pending di sini pagi tadi.Sham menambah, kapal itu juga boleh memuatkan 16 buah kenderaan berat tentera atau 24 Land Rover.
“Pelawat juga akan berpeluang melihat sendiri helikopter operasi maritim jenis FENNEC milik TLDM di kapal tersebut,” tambahnya lagi.Gambar menunjukkan KD Sri Indera Sakti 1503.Kapal TLDM, KD Sri Indera Sakti berlabuh di Pelabuhan Pending untuk menemui warga Kuching -Utusan Borneo Online