Peruntukan RM55 juta untuk Pekan Bekenu – Najib 0 5700

MIRI: Berita gembira yang dinanti-nantikan penduduk Pekan Bekenu, 50km dari sini, menjadi kenyataan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM55 juta daripada kerajaan persekutuan bagi pembangunan infrastruktur pelancongan dan kesihatan di Bekenu.

Perdana Menteri yang melakukan lawatan kerja buat kali ketiga di pekan Bekenu sejak memegang jawatan tersebut sembilan tahun lepas, mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi pembinaan sebuah klinik kesihatan baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu.

“Peruntukan RM5 juta lagi untuk pembinaan esplanad di seberang Bekenu,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis minum petang di pekan Bekenu hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mahu penduduk di pekan Bekenu memberi sokongan penuh kepada calon BN pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Terdahulu Najib yang ditemani Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melakukan tinjauan mesra di pekan Bekenu sejurus selepas tiba dari Bakun menggunakan helikopter.

Lebih 5,000 orang penduduk pekan Bekenu membanjiri esplanad seawal pukul 10 pagi menanti ketibaan rombongan perdana menteri dan ketua menteri.

Sementara itu Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bekenu, Rosey Yunus berkata, seramai 60,000 penduduk dari kawasan Niah dan Sibuti bakal mendapat manfaat setelah klinik kesihatan baharu itu beroperasi kelak.

“Kita berharap pembinaan klinik kesihatan yang baharu ini dapat disegerakan kerana sudah mendapat kelulusan perdana menteri,” katanya sambil menambah lokasi dicadangkan ialah di Niah.

Beliau berkata setakat ini terdapat klinik kesihatan kecil beroperasi di sini namun tidak dapat menampung jumlah pesakit yang tinggi sehingga terpaksa dirujuk kepada Klinik Kesihatan Miri yang kini semakin sesak

Mengenai projek esplanad baharu di kampung seberang, beliau berkata, selain meningkatkan potensi pelancongan, ia akan menjadi projek tebatan banjir serta pusat aktiviti sukan air bagi golongan muda di pekan Bekenu.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news