SIBU:Kes pengusaha kantin berusia 42 tahun yang ditangkap kerana disyaki merogol pekerjanya warga Indonesia, semakin panas apabila empat lagi wanita mendakwa mereka telah dicabulnya.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, empat lagi wanita Indonesia berusia antara 17 dan 23 tahun membuat laporan polis.
Mereka yang mendakwa dicabul juga pekerja suspek.Stanley berkata, kes gadis berusia 17 tahun berlaku dalam pejabat kantin pada jam 10 pagi Ogos tahun lepas.
Difahamkan suspek memanggil mangsa masuk ke pejabatnya lalu mencabul mangsa.Mangsa hanya mampu menangis kerana takut setelah dimarahi suspek sebelum dibenarkan keluar.
Kes wanita kedua berlaku di rumah suspek di Jalan Kandis pada pertengahan Januari tahun lepas.Difahamkan mangsa ketika itu bersendirian de-ngan suspek yang kemudian memintany amasuk ke dalam bilik sebelum mencabulnya.
Oleh kerana ketakutan dipukul, mangsa hanya menahan derita atas perbuatan suspek.Kesemua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul
Pada 2 April lalu, Mahkamah Majistret memerintahkan suspek direman empat hari kerana disyaki merogol pembantu kedai warga Indonesia yang pertama bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376.
“Kami sedang menunggu tempoh reman tamat bagi kes pertama sebelum menangkapnya semula untuk kes terbaharu (cabul) tersebut,” tambahnya. -Utusan Borneo Online