Polis kesan penjualan senjata di media sosial di Sarawak 0 5663

BINTULU: Dengan tertangkapnya individu pemilik sebuah premis perniagaan kerana memiliki empat laras senapang angin, polis menjalankan siasatan membongkar sindiket penjualan senjata api melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili pada sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu berkata, siasatan mendapati selaras senapang dijual antara RM700 hingga RM1,400 mengikut jenis.

Dalam serbuan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bintulu sekitar 3 pagi Isnin, polis merampas 14 bebola besi dan 19 bebola plastik dipercayai peluru senjata berkenaan dengan sebuah tabung gas pengendali senjata.

Menurut Zulkipli, suspek berusia 33 tahun pengusaha perniagaan mengaku membeli senapang terbabit daripada penjual di Facebook antara 2014-2016 untuk dijadikan koleksi simpanan peribadi.

Suspek dikenakan tahanan reman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960, jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis meneruskan siasatan terperinci mencari dalang di sebalik sindiket penjualan senapang angin buatan sendiri melalui laman sosial serta medium lain itu.

Zulkifli mengingatkan, bagi kes seumpamanya, kedua-dua pihak penjual atau pembeli boleh dikenakan tindakan undang-undang. –Sarawakvoice

Foto : Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news