Bomba dipanggil tangkap anjing dijangkiti Rabies di dalam kereta keluarga di Matang Jaya 0 5702

KUCHING: Bimbang kerana telah menggigit dua mangsa, seorang pemilik anjing terpaksa menghubungi pihak bomba untuk menangkap anjing peliharaannya yang berada di dalam kereta di Matang Jaya petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri,Tiong Ling Hii berkata, lebih menggerunkan kerana anjing terbabit dikhuatiri dijangkiti Rabies berdasarkan simptom-simptom yang ada.

“Pihak kita menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.39 petang dan sebuah jentera serta sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan lapan anggota diatur gerak ke lokasi di Lorong 5, Taman Matang Jaya dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati terdapat seekor anjing di dalam kereta.

“Pasukan kemudian menggunakan penjerut untuk menangkap anjing terbabit sebelum memasukkannya ke dalam sangkar.

“Anjing itu kemudian diserahkan kepada pemiliknya, yang kemudian menyerahkannya kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.

Operasi kata Ling Hii, tamat pada jam 7 malam. –Sarawakvoice

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news