4 perompak tumpas ditangkap polis selepas aksi kejar mengejar di Petra Jaya 1 5872

KUCHING: Tindakan cekap anggota polis berjaya menahan empat perompak bersenjata selepas aksi kejar-mengejar dengan anggota cawangan kereta peronda polis (MPV) dari Jalan Ang Cheng Ho hingga ke Petra Jaya, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, keempat-empat lelaki terbabit yang berusia antara 20 dan 23 tahun berjaya ditahan di pembahagi Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub sekitar jam 3.45 pagi.

“Sekitar jam 3 pagi, kenderaan yang dinaiki suspek berjaya dikesan dan berlaku kejar-mengejar dengan pihak MPV selama tempoh kurang satu jam.

“Pihak polis berjaya menahan kenderaan dan menangkap empat lelaki Melayu ketika cuba merempuh sekatan jalan raya yang dibuat oleh anggota dari Balai Polis Gita sebaik maklumat berhubung kejadian diterima,” katanya.

Ng berkata demikian dalam satu kenyataan media berhubung kejayaan tersebut, semalam. Menurutnya lagi, turut dijumpai di dalam kenderaan suspek ialah beberapa senjata tajam dan topeng serta barang-barang kepunyaan mangsa yang dirompak kumpulan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak berkumpulan tanpa senjata api dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Difahamkan, kejadian rompakan dilaporkan berlaku sekitar jam 2.55 pagi di tempat letak kereta berdekatan sebuah pusat hiburan di Jalan Padungan di sini.

“Keempat-empat suspek yang bertopeng bertindak menyamun seorang wanita berusia 48 tahun yang sedang berada di dalam kereta seorang diri semasa menunggu rakan-rakannya.

“Suspek bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan senjata tajam menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca.

“Sebelum beredar suspek sempat mengambil dan melarikan barang peribadi mangsa,” kata Ng.

Mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan terus menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut membolehkan pihak polis menjejaki kenderaan yang dinaiki suspek beberapa minit kemudian. Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15225

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news