MIRI: Susulan penemuan bayi dalam tong sampah pada kira-kira jam 9.00 malam Jumaat, polis memberkas seorang wanita warga Indonesia dalam tempoh kurang dua jam selepas dijumpai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek diberkas dibilik sewanya, berdekatan lokasi bayi dijumpai, pada jam 10.45 malam.
Menurutnya, bapa kepada bayi itu telah balik ke Indonesia.Wanita 28 tahun itu bekerja sebagai pelayan kedai makan.Penemuan bayi masih bernyawa dan dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di sebuah pusat membeli-belah itu menggemparkan orang ramai.
Bayi tersebut dijumpai orang ramai.Bayi lelaki yang masih bertali pusat, kemudian dibawa pasukan paramedik ke Hospital Miri menggunakan ambulans.Kes disiasat di bawah Seksyen 317, Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. -Utusan Borneo Online