Lelaki ditangkap polis kerana kantoi miliki ganja depan rumah di Bintulu 0 5812

BINTULU: Seorang lelaki diberkas sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), JSJ Narkotik dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di hadapan rumahnya di Lorong A2 Taman Sebiew Indah pada jam 12 tengah malam tadi kerana memiliki ganja.

Hasil penangkapan lelaki berumur 24 tahun itu membawa kepada rampasan dadah jenis ganja yang beratnya 144.9 gram dengan anggaran nilai RM1,500.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili berkata, lelaki terbabit ditangkap semasa skuad JSJ yang diketuai Inspektor Nixon Malang, JSJ Narkotik dan JPJKK mengadakan rondaan cegah jenayah malam tadi.

Katanya, semasa rondaan itu sepasukan polis ternampak seorang lelaki yang mencurigakan di hadapan rumah taman perumahan terbabit sekali gus menahannya dan membuat pemeriksaan badan yang membawa kepada penemuan tiga peket dadah jenis ganja dalam genggaman tangan lelaki tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang mediadi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu hari ini.

“Semasa ditahan lelaki itu telah membawa pihak polis ke bilik tingkat atas rumahnya di kawasan itu dan menjumpai sebuah kotak kayu kekuningan yang berisi satu peket kecil disyaki dadah ganja dan hasil pemeriksaan lain turut menjumpai alat penimbang yang dipercayai digunakan oleh lelaki itu untuk aktiviti mengedar dadah tersebut,” katanya.

Susulan penangkapan lelaki itu katanya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis membuat permohonan reman hari ini terhadap lelaki itu sehingga 6 April akan datang untuk soal siasat.

Zulkipli memberi amaran terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bahawa pihaknya akan terus berusaha untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di bahagian ini.

Beliau berharap masyarakat dapat memberikan kerjasama dengan menyalur maklumat kepada pihaknya bagi memastikan kes-kes berkaitan penyalahgunaan dadah dapat ditangani.

Mengenai kes terbabit katanya, tertuduh yang tidak boleh dijamin sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13189

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8104

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news