Program Sejiwa Senada di Miri, Saratok, dan Stampin: Pilihan raya umum pada 10 Mei? 0 5765

KUCHING: Dalam dua pilihan raya negeri lalu satu daripada petanda bahawa pilihan raya negeri akan diadakan ialah Program Sejiwa Senada.

Progam Sejiwa Senada datang lagi. Kali ini bakal  diadakan di tiga lokasi, iaitu Kuching, Miri dan Saratok.

Menurut maklumat yang diperoleh SarawakVoice, bagi Miri lokasinya ialah Padang Majlis Bandaraya, pada 7 dan 8 April, Saratok di Tempat Letak Kereta Pasar Saratok pada 21 dan 22 April, manakala Kuching di MJC Batu pada 28 dan 29 April.

Acara berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam dengan semua perasmian dijangka dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pada program itu, pelbagai acara diadakan, termasuk pameran daripada pelbagai jabatan kerajaan.

Berdasarkan tarikh akhir Program Senada Sejiwa diadakan, menurut penganalisis politik, jelaslah bahawa ia merupakan program kempen yang bertujuan untuk menghimpunkan orang ramai.

“Daripada tiga lokasi yang program itu ternyata bahawa sasaran Barisan Nasional adalah untuk merampas kembali Miri dan Stampin. Tetapi persoalannya ialah mengapa program itu turut diadakan di Saratok yang kini dalam dikuasai Barisan Nasional? Maksudnya, Saratok dilihat berdepan masalah ekoran isu berkaitan Tan Sri William Mawan dan usaha Parti Progresif dan Demokratik (PDP) yang menuntut kerusi berkenaan,” katanya.

Penyandang, William Mawan yang memenangi kerusi itu atas tiket PDP — kini PDP – pada 2013, tetapi kini bekas Menteri Pembangunan Sosial Sarawak itu tidak lagi bersama parti berkenaan.

William Mawan yang masih berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Saratok baru-baru ini mengumumkan beliau telah diterima sebagai ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Menurut penganalisis politik, memandangkan tarikh akhir program itu diadakan adalah pada 29 April, maka besar kemungkinan pilihan raya umum ke-14 tidak akan diadakan pada bulan April.

Sebaliknya, katanya, besar kemungkinan bapa segala pilihan raya akan diadakan pada bulan Mei.

“Mungkin pilihan raya diadakan pada 10 Mei,” kata penganalisis itu. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news