Kedai serbaneka turut tawar khidmat tambah nilai judi dalam talian 0 5906

KUCHING: Kedai serbaneka 24 jam antara yang dikesan menawarkan perkhidmatan tambah nilai kepada perjudian dalam talian di negeri ini.

Justeru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Datuk S. Dev Kumar berkata tiga serbuan telah dilakukan di Kuching dan Sri Aman, yang membawa kepada penangkapan 11 penyedia perkhidmatan termasuk menyita 10 telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM4,553.

Menurut beliau, individu yang ditangkap daripada kegiatan haram itu adalah antara 40 kaki judi dan operator judi haram yang diberkas melalui 30 serbuan yang dijalankan dalam tempoh 19 hingga 25 Mac ini di seluruh negeri.

Lokasi serbuan adalah di Kuching (enam serbuan), Miri (enam serbuan), Sibu (lima serbuan), Padawan (dua serbuan) dan Sri Aman, Saratok, Meradong, Mukah, Lawas, Betong, Kota Samarahan, Bau, Sarikei dan Bintulu (satu serbuan).

“Mereka yang ditangkap terdiri daripada 10 wanita dan 30 lelaki termasuk empat warga asing yang berumur antara 17 hingga 74 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Dev menambah selain judi siber, serbuan turut melibatkan 26 jualan loteri haram dan satu perjudian di tempat awam.“Hasil serbuan ke atas loteri haram, seramai 27 individu telah ditangkap dengan jumlah wang tunai yang disita sebanyak RM3,439 termasuk telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip pertaruhan dan alat tulis,”katanya.

Beliau berkata semua individu yang ditangkap sedang disiasat atas kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news