RM60 juta untuk bangunkan kawasan Satok baharu, liputi laluan 10km dari Segedup – Abang Johari 0 5729

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg malam tadi mendedahkan pelan pembangunan baharu untuk kawasan Satok, yang membabitkan peruntukan sehingga RM60 juta.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Satok berkata, projek pembangunan Satok baharu ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Pembangunan terancang ini melibatkan Kampung Segedup dan Kampung Sungai Maong (yang kini menjadi sebahagian daripada Dewan Undangan Negeri Satok selepas persempadanan semula).

“Projek ini akan melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 10 kilometer dari Kampung Segedup menuju ke bulatan Emart Matang.

“Ia akan melewati Kampung Sungai Maong, dan di sini kita akan membuka kawasan baharu yang melibatkan  perumahan dan bangunan komersial,” katanya selepas Majlis Pelancaran Lampu Jalan Kampung Segedup di sini malam tadi.

Terdahulu beliau menghadiri solat Maghrib di Kampung Sungai Maong sebelum menunaikan solat Isyak di Kampung Segedup.

Jelasnya, pelan pembangunan itu akan menghubungkan seluruh kawasan Satok dengan jalan berkualiti tinggi berspesifikasi R-3.

Ketika ini, penduduk kampung terpaksa melalui jalan jauh dan berlingkar sebelum sampai ke destinasi dari pusat bandar.

Tambahnya, projek pembangunan ini bagaimanapun akan memakan sedikit masa kerana ia memerlukan perancangan yang rapi. — Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13437

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news