KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menunggang motosikal berkuasa tingginya mengetuai konvoi bermotosikal ke Lundu, hari ini.
Berlepas dari Kompleks Sukan Satok, Padang Salpas pada jam 8.45 pagi tadi, konvoi itu turut disertai seramai 250 peserta yang terdiri daripada Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok.
Setibanya di Lundu, Abang Johari dijadual menyempurnakan program Road To MAHA peringkat negeri di Tebingan Lundu pada jam 11 pagi ini.
Seterusnya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok akan memacak bendera PBB sempena Program Kembara Pemuda N.8 Satok di Pantai Pugu Sematan pada jam 2 petang. -Utusan Borneo Online