BANDAR SERI BEGAWAN: Cadangan pembinaan kereta api laju rentas Borneo melibatkan Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Kalimantan oleh anggota majlis mesyuarat tempatan Pengiran Haji Mohamed Pengiran Haji Osman @ Othman mendapat respons baik.
Gagasan tersebut disuarakan pada hari kesebelas persidangan Majlis Mesyuarat Negara Isnin lepas.
Di Brunei, Majlis Mesyuarat Negara bertindak mirip Parlimen diwujudkan 2004 di negara Melayu Islam Beraja.
Menteri Perhubungan Brunei Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dalam kenyataan beliau dilaporkan akhbar Brunei, Media Permata pada Selasa merespons bahawa perkara tersebut dapat dibincangkan pada platform Kawasan Pertumbuhan Asean Timur- Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA).
Menurut beliau, cadangan ini mungkin terlalu awal untuk ditetapkan, tetapi ia dapat dibincangkan melalui platform pertemuan berkala kementerian melalui BIMP-EAGA itu yang sudah wujud 1994.-SarawakVoice
Gambar hiasan