KUCHING: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dikatakan meminum cecair peluntur di rumahnya di Tabuan Dayak, di sini sekitar jam 9 pagi tadi.
Mangsa berusia 22 tahun dikatakan nekad bertindak sedemikian dipercayai kerana berselisih faham dengan teman wanitanya.
Difahamkan, insiden tersebut disedari oleh keluarganya yang kemudian menghubungi pihak ambulans.
Mangsa, sehingga berita ini ditulis hari ini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HUS. – Utusan Borneo Online
-Gambar hanya hiasan