Kerajaan kaji cukai ke atas Google dan Facebook 0 5601

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang menjalankan kajian terperinci berhubung cadangan pengenaan cukai ke atas syarikat teknologi gergasi dan media sosial seperti Google serta Facebook (FB).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kajian itu bertujuan untuk melihat keperluan serta mekanisme dan model pencukaian yang terbaik.

“Ia juga bagi memantau kajian menyeluruh ke atas percukaian perniagaan dalam talian yang sedang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD),” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya cukai dikenakan ke atas Google dan FB yang mana kedua-dua syarikat berkenaan dikatakan mengawal hampir 70 peratus daripada perbelanjaan iklan digital di Malaysia.

Cadangan tersebut diutarakan pada sesi perbincangan makan tengah hari antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua-Ketua Pengarang dan pemegang Permit Penerbitan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Johari menegaskan persepsi bahawa rakyat tidak merasai pertumbuhan ekonomi negara adalah tidak benar, kerana pelbagai kesan telah dicatatkan seperti kenaikan gaji, penambahan peluang pekerjaan dan perbelanjaan di luar negara.

Beliau berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan Negara pada 2017, kadar gaji dalam sektor perkhidmatan meningkat sebanyak 5.4 peratus sementara sektor pembuatan sebanyak 8.6 peratus.

“Dari segi sektor pekerjaan, kalau ekonomi tidak berkembang, kita tidak akan dapat menambah peluang pekerjaan dan sejak tiga tahun lepas, kerajaan telah mencatatkan pertambahan 1.1 juta pekerjaan,” katanya.

Katanya, perbelanjaan rakyat di luar negara juga telah mencecah sehingga RM46 bilion, selain peningkatan cawangan peruncitan daripada 66,000 kepada 73,000 kedai runcit pada 2017, menunjukkan kesan positif perkembangan ekonomi terhadap rakyat negara ini.

“Kita tidak nafikan ada sebahagian rakyat yang ketinggalan dalam pembangunan negara, namun disinilah peranan kerajaan dalam memberikan bantuan secara spesifik kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Johari berkata kedudukan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Disember 2017 ialah RM686.8 bilion atau 50.8 peratus, kekal di bawah paras 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam perkembangan lain, Johari berkata seramai 90,599 orang telah mencarum di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M) setakat Disember 2017 dengan 17,298 daripadanya terdiri daripada suri rumah.

“Pada masa sekarang, suri rumah boleh memilih untuk mencarum secara sukarela di bawah SP1M dengan caruman minimum sebanyak RM50, dan maksimum RM60,000 setahun,” katanya.

Katanya, pencarum SP1M juga boleh menikmati sumbangan kerajaan sebanyak 15 peratus, tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun.

SP1M telah direka bagi membolehkan individu yang bekerja sendiri atau tanpa pendapatan bulanan yang tetap, seperti pemandu teksi, peniaga kecil, petani, suri rumah dan mereka yang bekerja dengan bebas, termasuk rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, membuat simpanan kepada danapersaraan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news